Berjalan/ Berlari
Kebiasaam pemain akan berada ditengah-tengah skrin, klik kiri pada permukaan yang anda mahu karakter anda bergerak dan dia akan berjalan atau berlari kearah titik permukaan yang anda klik.
Mengambil Barang
Klik kiri pada barang yang anda mahu dan karakter anda akan mengambil barang tersebut.
Menggunakan barang/ kelengkapan.
Buka inventori dan klik kanan pada barang yang anda mahu gunakan.
Mengeluarkan barang
Buka tetingkap inventori atau gudang, gerakan barang dari inventori atau gudang untuk mengeluarkan barang tersebut.
Bercakap dengan NPC
Gerakkan tetikus pada NPC, klik apabila anak panah bertukar menjadi buble.
Menyerang (Fizikal/ Magik)
Klik kiri pada sasaran anda untuk melakukan serangan fizikal dan ia tidak akan berhenti sehingga sasaran mati atau pemain menghentikan serangan.
Serangan magik juga dikenali sebagai serangan skill. Anda boleh mengaturkannya pada ‘hotkeys'. Alihkan ikon skill pada kolum skill dan tekan mengikut ‘hotkeys' (F1-F7) dan tetikut untuk menyerang.