Permulaan era baru, 'Jin Online' memperkenalkan Era Group PK Adakah anda masih dapat bertahan dengan aturan permainan online yang tidak adil? Untuk bertahun lama kita menghadapi susah dan senang menghadapi raksasa dan sentiasa memulih HP atau MP kita ? Walaupun fungsi berkumpulan diperkenalkan di dalam permainan tetapi amat jarang kita menemui rakan yang boleh memberi kerjasama kepada anda dengan baik.
"Jin Online" telah mengubah corak permainan online lama. Anda tidak akan bertempur seorang diri lagi! Ini adalah kerana Jin akan membantu anda dalam menumpaskan musuh dan raksasa.
Sistem Jin adalah sistem yang unik yang terdapat di dalam Jin Online. Setiap pemain baru akan mendapat 2 jin apabila memasuki permainan buat pertama kali. Dengan melakukan misi khas, anda boleh memanggil tiga jin serentak!
Baju Perisai dan Senjata yang bernyawa
Kehadiran Jin didalam petempuran boleh mengubah situasi permainan. Selain memberi bantuan ia juga merupakan senjata dan perisai anda didalam petempuran. Dengan memanggil jin yang bersesuaian, Tahap pertahanan dan kuasa kerosakan akan meningkat. Setiap pemain boleh memanggil tiga Jin pada suatu masa. Terdapat pelbagai jin wujud di dalam Jin Online dan setiap jenis jin mempunyai kebolehan yang berbeza dan unik. Bagaimana hendak mengatur strategi pertempuran adalah bergantung kepada anda.
Evolusi Tanpa Batasan - Sistem penggabungan
Setiap Jin mempunyai kebolehan yang unik dan anda boleh mengambil kebolehan jin lain untuk mempertingkatkan kekuatan Jin anda. Dengan melakukan proses evolusi, anda akan memberi rupa yang baru kepada Jin anda dan selain itu juga ia akan memberi ganjaran dan honour kepada anda selaku tuan kepadanya. Dan setiap jin boleh melalui proses evolusi sebanyak dua kali.
Keupayaan Jin anda boleh ditingkatkan dengan mengorban jin lain. Anda boleh mengorbankan dua jin untuk menguatkan jin anda. Dengan melakukan proses evolusi anda akan mengambil keupayan jin lain untuk memperbaiki atau meningkatkan keupayaan jin anda. Anda harus ingat yang anda akan kehilangan jin setiap kali meningkatkan keupayaan jin anda. Selain itu juga, anda akan menaik taraf jin anda setiap kali melakukan evolusi.
Skill Istimewa: Sistem XP Skill
Keseronokan bertempur adalah impian semua pemain! Anda boleh mengalami petempuran yang unik di dalam Jin Online. Apabila XP bar anda penuh, anda boleh menggunakan skill istimewa iaitu XP Skill. XP skill sungguh unik dan kuat sehinggakan anda boleh mengalahkan musuh bertaraf ‘Boss' dengan mudah.
Perasaan sayang di dalam dunia maya - Sistem Mentor
Jin Online menyediakan sistem mentor khas kepada mereka yang mempunyai perasaan ingin membantu. Kejayaan bersama menerusi sistem mentor boleh ditunjuk dengan menggunakan sistem mentor.
Sebagai pemain baru Jin Online, anda mungkin mempunyai perasaan keliru dan takut untuk melakukan sesuatu. Untuk menangkis perasaan ini anda boleh berjumpa dengan Beginner Guide untuk mencari Mentor. Mentor boleh menjawab segala persoalan anda dan memberi tunjuk ajar yang betul. Anda boleh mendapat ekstra 10% Experince di dalam petempuran selepas anda mempunyai mentor dan jika anda bertempur di dalam satu kumpulan bersama mentor anda, anda akan mendapat 20% ekstra experience.
Mentor adalah pemain biasa seperti anda. Anda juga boleh menjadi mentor dengan mencapai tahap tertentu. Untuk menjadi mentor, anda perlu menjadi apprentice terlebih dahulu dan ianya adalah asas Sistem Mentor. Sebagai mentor anda boleh mendapat ganjaran experience apabila apprentice anda mencapai tahap tertentu. Jika apprentice anda menjadi mentor, anda juga akan mendapat experience daripada apprentice yang dibawah apprentice anda dan ianya tidak mempunyai had.
Keunikkan Sistem Menempa
Bersyukur dengan apa yang anda ada dan nama anda sebagai penempa akan tercatat.
Kelengkapan yang ada tidak sahaja memberi pertahanan dan kuasa serangan yang kuat tetapi memberi ekstrim reputasi dan honour! Di dalam Jin Online, setiap kelengkapan yang berjaya ditempa akan mencatat nama pemilik dan usaha pemilik untuk mencipta kelengkapan tersebut. Nama Penempa akan tercata di dalam sejarah permainan bersama senjata yang dicipta.
Kekuatan sebenar - Sistem Potensi
Di dalam Jin Online, anda boleh menilai kekuatan lawan anda dengan memeriksa potensi dia. Nilai potensi dikira dengan nilai asas atribut, kelengkapan dan jin, Ia akan menunjuk kekuatan sebenar anda.
Fungsi potensi bukan sahaja digunakan untuk membeza kekuatan malah ianya memainkan peranan penting di dalam permainan. Jika pontensi anda lebih tinggi daripada lawan anda, anda boleh mengalahkan lawan anda dengan satu serangan sahaja.