Kemahiran XP yang tiada tandingan
Sistem XP ialah salah satu sistem yang terpenting di dalam Jin Online. Apabila anda dapat mempelajari dan menggunakannya, anda berupaya menguasai dunia Jin Online. Nilai XP akan bertambah apabila anda bertempur atau berada di bandar. Terdapat palang oren di atas tool box, ianya dipanggil XP bar. Apabila palang XP penuh, ia akan menjadi ‘berapi' menandakan anda sudah boleh menggunakan skill XP. Pada masa yang sama, ikon skill XP akan muncul pada kanan bawah skrin. Harus diingat, anda perlu mempelajari skill XP terlebih dahulu. Skill XP hanya boleh digunakan dalam masa yang terhad. Jika anda gagal atau tidak mengaktifkan skill XP, palang akan menjadi 0 dan anda perlu mengumpul nilai xp kembali.
Apabila Palang Skill XP penuh, pilih skill XP yang hendak diguna untuk memasuki XP Time. Skill XP tidak menggunakan HP atau MP dan anda bebas mengaktifkannya. Terdapat pelbagai jenis Skill XP dan ada diantaranya adalah terlalu kuat sehinggakan anda mampu menumpas musuh yang mempunyai tanda warna merah atau hitam. Cara mudah untuk naik tahap Jin Online ialah pemain memilih tempat yang selamat di kawasan raksasa yang mempunyai nama warna merah atau hitam dan apabila skill xp boleh digunakan, aktifkan dikawasan tersebut dan anda dapat menaik tahap dengan cepat.
Selain itu juga, anda boleh membeli XP skillbook di Kedai Runcit. Anda boleh mempelajari skill baru setelah anda mencapai tahap yang diperlukan.